fbpx

Zara Zya Bertunang : Zara Zya & Hafreez Adam

Zara Zya Bertunang : Zara Zya & Hafreez Adam

Zara Zya Bertunang : Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti terkenal tanah air, Hafreez Adam dan Zara Zya yang selamat mengikat tali pertunangan yang berlangsung secara tertutup di Kuang, Sungai Buloh, pada petang Sabtu. Pasangan tersebut bertunang setelah dua tahun menyulam cinta dan difahamkan pasangan ini akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan pernikahan yang bakal diadakan pada Oktober tahun depan. Tarikh pernikahan dipilih sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon cantik manis, Zara.

Hafreez, 29, berkata, mereka tidak berniat untuk menyembunyikan majlis tersebut daripada pengetahuan umum tetapi diadakan secara tertutup atas permintaan kedua-dua belah keluarga. Berita Zara Zya bertunang tidak mengejutkan rama memandangkan umum mengetahui mereka sedang hangat dilamun cinta. Zara, menerusi akaun Instagram miliknya mengemas kini status permohonan maaf kerana tidak menghebahkan tentang majlis itu kepada umum atas kehendak keluarga.

Baca : Cara bersenam untuk kurus

sama cantik sama padan , Zara Zya dan Hafreez Adam

“Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum, semalam Abe dan Inchess dah selamat bertunang. Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua, seperti yang kita tahu adalah lebih baik untuk merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan. But in our situation, kami Cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya di status lama Instagram.

 

Jom doakan semoga sampai ke jinjang pelamin.

Zara berharap agar peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. “Kami tidak mengharapakan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, saya sebagai wakil pihak saya dan Adam, memohon maaf kepada semua,”ujarnya. Terdahulu, keluarga Hafreez Adam datang merisik Zara pada 8 September 2019 yang lalu iaitu sebulan sebelum ZaraZya bertunang dengan Adam.

Baca : Cara Nak Putihkan gigi

Usahawan kosmetik Alha Alfa yang menjadi jurumekap ketika ZaraZya bertunang turut berkongsi berita tersebut di laman Instagram miliknya dan disertakan dengan gambar aktress tersebut setelah disolek. Pada majlis pertunangan, Hafreez Adam menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas sebanyak tujuk dulang hantaran daripada pihak Zara. Kedua-dua pasangan tersebut anggun bergaya dalam persalinan baju berwarna putih rekaan Syafieq Ayman.

Pasangan tersebut mula menjadi akrab dan menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2017 ketika melakonkan drama bersiri Mona Lisa.   Semoga dengan mengikat tali pertunangan, hubungan mereka akan sentiasa berkekalan dan dipermudahkan segala urusan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita mendoakan perkara yang terbaik buat mereka berdua. Tahniah sekali lagi buat Zara Zya dan Hafreez Adam atas pertunangan mereka.

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!