fbpx

SINOPSIS SEADANYA AKU: DRAMA SEADANYA AKU

SINOPSIS SEADANYA AKU: DRAMA SEADANYA AKU

Sinopsis seadanya aku , Slot Akasia TV3 yang terbaru menggantikan Adellea Sofea baru memulakan siaran pada Rabu lepas (15 Januari 2020). Drama seadanya aku ini di adaptasi dari novel karya Rissa Ahdiya ini diarahkan oleh Feroz Kader.

Seadanya aku

Drama seadanya aku menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air yang diterajui oleh Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli. Frama ini dibantu oleh pelaon-pelaon berbakat seperti Dayana Roza, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Norish Karman, Azri Iskandar, Ainina Ahmad dan ramai lagi.

Baca : Biodata Zara Zya

Sinopsis Seadanya aku ini menceritakan Aufiya (yang dilakonkan oleh Zara Zya) yang hampir menanggung malu apabile bakal suaminya, Taufik (Redza Rosli) tidak muncul di hari pernikahan mereka. Semuanya gara-gara Taufik tidak dapat menerima kisah silam Aufiya dan membuat keputusa untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka.

Namun, pemuda bernama Zarul (Azlee Khairi) datang menyelamatkan keadaan dan juga maruah Aufiya apabila dia menawarkan dirinay sendiri untuk menjadi suami Aufiya di saat-saat akhir.

Walaubagaimanapun, Aufiya enggan mendedahkan tentang hubungan dan ikatan perkahwinan mereka berdua walaupun kepada kawan-kawannya sendiri memandangkan Zarul yang menjadi suaminya itu adalah tunang kepada sahabat baik yang sangat disayanginya sendiri, Wina Ahmad (Elvina Mohamad).

Gandingan pelakon mantap dalam siri seadanya aku

Selepas melangsungkan perkahwinan, hati Aufiya mula berdolak dalik antara sahabat yang dikasihi dan suaminya sendiri. Sikap Zarul yang menerima dia seadanya mula membuatkan hatinya terbuai. Wina sahabat yang paling baik bagi Aufiya. Melukakan hati Wina itu seumpama melukakan hati sendiri. Perasaan bersalah Aufiya menyebabkan tindakannya itu adakala mengecewakan Zarul

Baca : Senaman di rumah untuk kuruskan badan

Taufik pula kembali menagih kasih Aufiya. Apakah kesudahannya? Adakah Aufiya menerima kembali Taufik? Bagaiman pula dengan sahabat baiknya, Wina? Apakah sebenarnya rancangan Wina? Teruskan menonton drama seadanya aku di TV3. Sinopsis seadanya aku memberikan gambaran kepada penonton tentang perjalanan drama ini.
Drama Seadanya aku terbitan Country Universal Sdn Bhd ini mempunyai 28 episod. Drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang di siaran TV Slot Akasia. Skrip drama ini ditulis oleh Mufid Suhaimi.

Lagu tema bagi drama ini bertajuk “Seadanya Aku”, yang dinyanyikan oleh Ippo Hafiz dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya dan Ippo Hafiz.

Drama seadanya aku ini sarat dengan mesej, konflik, persahabatan, kekeluargaan, rumahtangga yang terjadi dalam realiti kehidupan kita. Jika anda terlepas menonton di televisyen, anda boleh menonton secara atas talian di Youtube “Drama Sangat TV3”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!