Pemakanan sihat dapat menjamin kesihatan berpanjangan dan menjadikan hidup kita kekal aktif sentiasa. Dan yang paling menarik pemakanan yang sihat dapat juga membantu diri kita langsing dan menurunkan berat badan. Adakah elok sekiranya kita ingin kekal sihat tetapi kita skip waktu makan ? Contohnya kita skip sarapan pagi ataupun skip makan malam. Sebenarnya, jika tidak mengambil makanan pada waktu pagi atau malam, ini akan mengganggu proses diet kita.

Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, tiga waktu makan utama perlu diambil makanan dan jangan tinggalkan mana-mana waktu makan. Waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam perlu diambil dengan kuantiti makanan yang betul.  Untuk menurunkan berat badan, kuantiti makanan adalah amat perlu dititikberatkan.  Selain itu, pengambil air kosong juga perlu mencukupi.

Baca : Kepentingan Air Kosong Untuk Diet

Pemakanan Sihat – Konsep Suku-Suku Separuh

Antara cabaran untuk mengawal pemakanan supaya pemakanan sihat dapat diamalkan ialah keinginan untuk makan pelbagai makanan tanpa menitik beratkan kalori yang terkandung di dalamnya. Bagaimana cara untuk menangani kehendak untuk makan ini? Sebaiknya ialah dengan menyediakan snek yang sihat dan berkhasiat seperti buah epal dan cip-cip buah kering yang tidak mengandungi bahan-bahan lain. Sayuran dan buah-buahan ialah contoh snek-snek sihat yang dapat diamalkan jika terasa untuk makan ketika lapar.

Buah-buhan sebagai snek yang sihat – Petua Pemakanan Sihat

Kunci utama kepada pemakanan sihat adalah jenis makanan yang diambil dan kuantitinya. Untuk jenis makanan, kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak dan perbanyakkan makanan yang kurang garam, gula, lemak dan minyak. Juga adalah penting untuk mengambil makanan yang sihat yang merangkumi karbohidrat, protein dan serat daripada sayur dan buah. Untuk memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenal konsep Suku-Suku-Separuh dalam Pinggan Sihat Malaysia. Suku ialah nasi dan protein manakala separuh adalah serat daripada tumbuhan dan sayuran. Konsep ini sebenarnya menterjemahkan nilai kalori dalam bentuk jumlah hidangan yang lebih mudah diamalkan.

Baca : Kalori Makanan Untuk Diet

Saranan Kalori untuk Pemakanan Sihat

Secara umum, saranan pengambilan kalori untuk lelaki dewasa di Malaysia adalah di antara 1,800 hingga 2,000 kilo kalori (kcal) manakala untuk wanita wanita dewasa ialah di antara 1,550 hingga 1,700 kcal sehari. Walaupun begitu, nilai kalori harian ini boleh berbeza antara individu bergantung kepada faktor fizikal dan biologi masing-masing. Untuk orang dewasa yang bekerjaya, biasanya pengawalan pengambilan kalori adalah sangat penting memandangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal adalah terhad. Jika selalu membeli makanan dari luar, seharusnya pilih makanan yang kurang lemak dan minyak serta kurangkan minuman bergula. Buat pengiraan kalori untuk setiap makanan yang diambil dan lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam mengikut kandungan kalori yang diambil. Boleh juga kalau amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk membakar kalori dan semestinya jika bersenam setiap hari adalah yang terbaik.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design