Pemakanan seimbang perlu diamalkan untuk mendapatkan kesihatan yang berpanjangan. Berikut dikongsikan 6 tips pemakanan yang sihat untuk rujukan para pembaca. Semoga bermanfaat.

Utamakan fiber yang organik

Utamakan yang organik

Sejak kebelakangan ini, banyak penyakit yang muncul dan kadang-kadang boleh meragut nyawa. Selain  daripada faktor usia dan genetik, penyakit juga boleh berpunca daripada corak pemakanan kita. Makanan yang diproses mempunyai banyak bahan kimia sintetik dan ada diantaranya tidak diketahui kesan untuk jangka masa yang panjang. Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan terhadap sayur-sayuran juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser. Jadi antara cara yang boleh  diamalkan adalah dengan memilih makanan yang berasaskan sumber organik. Makanan organik bebas daripada bahan kimia yang berbahaya dalam penyediaannya. Walaupun sedikit mahal, berbaloi untuk diamalkan kerana ianya boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan kita.

Kurangkan makanan bergula

Dalam pemakanan seimbang dan sihat, kurangkan makanan bergula adalah sangat penting. Gula merupakan faktor yang besar yang menyumbang kepada penyakit kencing manis dan buah pinggang. Kening manis di malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan. Faktor makanan bergula penyumbang kepada penyakit diabetes  dan gangren. Lebih menyedihkan lagi jika terdapat pemotongan anggota yang perlu dilakukan. Jadi , amalkan cara pemakanan yang sihat dengan kurangkan gula dalam makanan.

Baca : Cara menjaga kulit muka

Makan ketika lapar sahaja – cara pemakanan seimbang

Pernah tak terasa ingin memakan sesuatu sedeangkan baru sahaja lepas makan ? Keinginan sebegini jika tidak dibendung, akan menyebabkan pertambahan berat badan. Semasa dalam keadaan lapar, badan kita akan menggunakan sumber yang ada seperti lemak sebagai sumber tenaga.  Untuk jangka masa yang lama, lemak akan berkurangan disebabkan oleh pembakaran untuk mendapatkan tenaga. Jadi, pastikan makan bila hanya lapar dan elakkan makan ketika kenyang.

Kurangkan makanan berlemak

Kurangkan makanan berlemak

Makanan berlemak sangat bahaya kepada kesihatan jantung kita. Selain dapat meningkatkan risiko sakit jantung, ianya juga dapat meningkatkan risiko strok dan angin ahmar. Makanan berlemak memang sedap dimakan terutanya apabila padda bahagian daging lembu dan kambing tetapi ianya tidak elok untuk kesihatan. Sekali sekala untuk boleh diambil untuk keseimbangan dalam badan tapi jangan diamalkan selalu ya.

Baca : Apa itu kalori ?

Ikut piramid makanan

Ikuti piramid makanan sebagai rujukan untuk pemakanan sihat. Banyakkan makanan sayuran dan buah-buahan manakala kurangkan makanan berlemak dan  bergula. Adakah elok jika mengambil karbohirat  dalam kuantiti yang banyak? Juga tidak elok kerana karbohirat yang berlebihan akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan. Bergantung kepada aktiviti individu, ambillah karbohidrat mengikut keperluan.

Ikut saranan piramid makanan

Amalkan suku suku separuh

Perancangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , makanan yang disarankan adalah suku suku separuh. Lebih kurang dengan piramid makanan, suku adalah karbohirat dan protein, manakala separuh adalah bahagian sayuran, buah-buahan dan fiber. Ini akan menjadikan diet kita seimbang dan elok untuk kesihatan yang berpanjangan.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design