Air merupakan sumber kepada semua kehidupan yang hidup atas muka bumi ini. Air diperlukan dalam kauntiti yang optimum supaya hidupan termasuklah manusia dapat menjalankan fungsi dengan baik. Antara fungsi badan yang sangat berkait rapat dengan pengambilan air ialah sistem penghadaman, sistem metabolisma dan sistem pemikiran dan pemprosesan maklumat oleh otak. Jadi, sebenarnya banyak kepentingan minum air kosong kepada diri kita. Jom terokai kepentingan-kepentingan lain air dan kenapa kita perlu meminum air yang mencukupi dalam seharian.

Baca : Kebaikan Intermittent Fasting

Kepentingan minum air kosong untuk badan

Air sangat penting dalam memastikan kesegahan sel. Apakah itu kesegahan sel? Kesegahan sel ialah apabila air mencukupi di dalam sel, sel akan menjadi terik dan anjal. Bayangkan kalau sel-sel tersebut adalah sel muka kita, semestinya kulit muka akan kelihatan segar dan anjal sentiasa. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga dapat melambatkan proses penuaan kulit dan akan menjadikan kulit kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kedutan. Jadi, kepentingan minum air kosong ini perlu diambil berat juga kerana ianya dapat menyumbang kepada kesihatan kulit wajah.

Apakah kepentingan minum air kosong kepada proses penghadaman? Sebenarnya air kosong yang mencukupi sangat penting untuk proses penghadaman manusia. Disarankan mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam sehari untuk orang dewasa. Kajian daripada Journal of Endicronology Clinical and Metabolism menemukan bahawa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita. Air yang mencukupi menyokong fungsi hati dan ginjal untuk menyingkirkan toksik dan bahan kumuh daripada badan manusia. Antara cara yang boleh diamalkan ialah, cuba minum air kosong selama 30 hari tanpa mengambil langsung air manis dan lihat hasilnya. Jika berterusan minum hanya air kosong selama 30 hari, tubuh badan manusia akan terasa lebih segar dan bertenaga oleh sebab toksik dan bahan kumuh dikeluarkan dengan sempurna oleh badan. Selain itu juga, ini dapat membantu menurunkan berat badan hasil daripada pembakaran lemak tubuh. Yang paling pasti ialah, pengambilan air kosong juga sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar dan sekaligus mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan.

Baca : Kepentingan Air Untuk Otak dan Belajar

Air kosong penting untuk ketajaman minda

Selain daripada itu, bagaimanakah kaitan antara kuantiti air dengan fungsi otak ? Kajian menunjukkan bahawa kekurangan 1 % air dalam badan akan mengurangkan sebanyak 5 % daripada fungsi otak. Tambahan, daripada sumber Frontiers in Human Neuroscience Journal, ketika anda hanya mengambil air kosong berterusan selama 30 hari, tindak balas otak akan menjadi lebih cepat. Hal ini kerana, otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum. Kekurangan air akan menyebabkan otak kekurangan air manakala pengambilan air yang optimum akan menyebabkan pembekalan oksigen yang mencukupi kepada otak. Jadi, kepentingan minum air kosong manakah yang anda dustakan ? Cheers

Image Credit : www.akalcerdas.com

 

Juga Baca : Kebaikan Habbatus Sauda dalam Trimzshot

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design