Kalori Makanan Untuk Diet – Kita selalu mendengar berkenaan kalori. Terutamanya bagi individu yang pentingkan diet yang seimbang, kalori adalah sesuatu yang sangat biasa didengari. Namun apakah yang dimaksudkan dengan kalori ? Antara persoalan lain yang biasa bermain di fikiran adalah,  berapakah nilai kalori yang terkandung dalam makanan kita? Berepakah kalori yang akan terbakar jika joging sejauh 2 km ? Dan bolehkah membakar kalori jika melakukan senaman tali skipping ?  Jadi sebenarnya persoalan-persoalan ini menjurus kepada kuantiti kalori yang patut diambil dan yang patut dibakar dengan melakukan aktiviti fizikal.

Berepakah Jumlah kalori Dalam Sepotong Kek? – Kalori Makanan Untuk Diet

Keseimbangan Kalori Makanan Untuk Diet

    Kuantiti kalori untuk setiap individu berkemungkinan tidak sama dengan individu yang lain  disebabkan oleh beberapa faktor fizikal dan biologi. Unit kalori menentukan jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan supaya dapat menjalankan aktiviti harian. Kekunci untuk mengawal kalori dalam badan ialah dengan menekalkan keseimbangan kalori dalam badan. Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan kalori dalam badan? Ianya adalah kuantiti yang hampir sama antara keperluan kalori badan dan kalori yang dibekalkan kepada badan melalui pemakanan kita. Jadi, ianta sangat penting untuk tahu mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Dan juga adalah penting untuk mengetahui jumlah kalori makanan untuk diet, barulah dapat merancang diet dengan betul.

Pengiraan Kalori Penting Untuk Turunkan Berat Badan

    Jika pengambilan kalori melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan, lebihan kalori akan disimpan dalam bentuk lemak dalam sel badan. Sebaliknya jika kuantiti kalori yang diambil kurang daripada yang diperlukan oleh badan, kesan pelangsingan badan akan dapat kelihatan. Harus diingat, dalam pembakaran kalori, air perlu diminum dengan banyak. Dikhuatiri kesan pelanagsingan adalah bukan disebabkan oleh kehilangan lemak, tetapi kehilangan air dalam badan.

Baca : Kepentingan Air Kosong Untuk Diet

Dari mana Asalnya Kalori dalam Makanan ?

     Persoalan yang lain ialah, dari mana datangnya kalori ini? Tenaga tersimpan dalam makanan dalam bentuk ikatan kimia. Bagaimana sesuatu makanan itu boleh terbentuk adalah disebabkan adanya ikatan kimia yang mencantumkannya. Semasa proses pencernaan makanan, makanan akan hancur menjadi cebisan-cebisan kecil dan tenaga dalam makanan akan dibebaskan. Inilah secara mudahnya penerangan berkenaan bagaimana badan kita memperoleh tenaga daripada makanan yang kita makan. Sebagai contoh, jika kita makan satu potongan pizza, jumlah kalori yang terkandung di dalamnya adalah sebanyak 272 kalori. Dalam roti dan buah epal pula terdapat masing-masing 77 dan 52 jumlah kalori. Jika makanan ini diambil, ianya perlu diseimbangkan dengan aktiviti fizikal yang dapat membakar kalori yang diambil ini.

Baca juga : Kebaikan Intermittent Fasting Untuk Kurus

         Jadi sekarang sudah tahu apakah itu kalori dan macam mana ianya terhasil dalam badan. Kuncinya ialah untuk mencapai keseimbangan kalori dalam badan iaitu antara keperluan dan kuantiti kalori yang diambil. Jadi sebenarnya amat penting untuk mengetahui jumlah kalori yang kita ambil dan jumlah kalori yang boleh dibakar melalui aktiviti fizikal kita. Terutamya bagi individu yang ingin melihat kesan pelangsingan badan.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design