Kekacang white kidney, ialah nama popular bagi sejenis kekacang yang bewarna putih. Seperti kekacang lain yang berbentuk kidney, sebab itulah kekacang ini dipanggil sebagai white kidney. White kidney mula popular sejak 20 tahun yang lepas kerana dikatakan mampu untuk menurunkan berat badan melalui pengambilannya secara teratur. Kacang white kidney dikenali sebagai Phaseolus vulgaris dalam nama saintifiknya.

 

Kacang White Kidney

 

Bagaimana kacang white kidney membantu dalam penurunan berat badan ? Ianya dapat mengurangkan aktiviti enzim yang berfungsi dalam penghadaman karbohidrat. Hasilnya, proses penghadaman karbohidrat dapat direncat dalam badan manusia. Kajian makmal telah menunjukkan keberkesanan aktiviti kacang white kidney dalam sistem penghadaman untuk menurunkan berat badan. Dalam sesuatu kajian berkaitan keberkesanan bahan, ujian klinikal perlu dijalankan. Sama juga seperti kacang white kidney , ujian klinikal telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan ekstrak kacang white kidney ini.

Baca : Kelebihan Habbatus Sauda dalam Trimzshot

Pada tahun 2007, satu journal antarabangsa iaiatu International Journal of Medicine Sciences telah mengeluarkan satu laporan dan dapatan kajian berkaitan ujian klinikal yang dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kacang white kidney ini. Kajian itu melibatkan 60 orang individu yang mempunyai masalah berat badan. Selama sebulan, mereka diberikan ekstrak kacang white kidney untuk dimakan kemudian pe,erhatian dibuat ke atas berat badan mereka. Hasil daripada kajian itu menunjukkan berat badan mereka berkurangan secara significant berbanding dengan individu kawalan. Selain penurunan berat badan, kesan pelangsingan juga dapat dilihat.

Terdapat banyak juga kajian lain yang menunjukkan keberkesanan dalam penurunan berat badan. Antaranya ialah satu review yang dibuat daripada sepuluh ujian klinikal yang melibatkan penggunaan kacang white kidney. Dalam review tersebut, didapati bahawa individu yang mengamalkan ekstrak kacang tersebut di dalam diet makanannya menunjukkan penurunan berat badan yang significant. Sebab itulah keacang white kidney ini popular sebagai salah satu bahan yang penting untuk pelangsingan dan turunkan berat badan.

Pelbagai kegunaan kacang white kidney

Sejauh mana industri produk menggunakan ekstrak kacang white kidney? Sebenarnya telah banyak syarikat-syarikat besar dan jenama terkemuka menggunakan kacang white kidney dalam pembanguan produk untuk menurunkan berat badan. Di negara kita, bahan ini belum lagi diterokai sepenuhnya. Disebabkan oleh harganya yang sedikit tinggi, kadang-kadang ianya tidak digunakan dalam produk. Tetapi jika dilihat kepada keberkesanannya, ianya patut dicuba oleh orang-orang yang ingin mendapatkan penurunan dalam berat badan.

 

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design