Hoodia Gordonii merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam Trimzshot. Apa sebenarnya Hoodis Gordonii ini? Di sebalik manfaatnya kepada manusia, jom kenali tumbuhan ini.

Hoodia Gordinii yang digunakan dalam Trimzshot

Hoodia Gordonii ialah pokok tumbuhan yang hidup di gurun Afrika. Ianya tumbuh melata dan hanya memerlukan air yang sedikit untuk hidup. Terkenal dan mudah didapati di gurun Kalahari pada suatu ketika dahulu, tumbuhan ini menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis hidupan di gurun tersebut. Bagaimanakah rupa tumbuhan Hoodia ini ? Hoodia ini berbentuk kaktus yang berwarna hijau. Ianya hidup dalam satu rumpun dan kadang-kadang mempunyai bunga berwarna merah.

Hoodia Gordonii telah digunakan sebagai makanan tambahan sejak sekian lama. Di Afrika, seperti yang dilihat dalam movie, golongan natif pada zaman dahulu mengamalkan aktiviti pemburuan untuk mencari makanan. Memburu kadang-kadang memakan masa yang lama dan ada kalanya tidak mendatangkan hasil. Apa yang pemburu ini lakukan untuk menahan lapar sepanjang pemburuan ialah, mereka akan memakan sedikit hoodia sebagai alas perut. Apabila memakan hoodia, pemburu akan tidak merasa lapar sepanjang tempoh pemburuan tersebut. Hal ini kerana, hoodia telah mengurangkan keinginan untuk makan dan memberikan rasa kenyang walaupun dimakan dengan sedikit.

Kebanyakan Hoodia Gordonii yang terdapat di pasaran adalah bukannya hoodia yang di dapati daripada gurun Kalahari, malah ianya adalah daripada petani yang mengusahakan tanaman hoodia secara komersial. Hoodia tidaklah semudah dahulu untuk didapati di gurun Kalahari kerana ianya sudah dieksploitasi secara meluas pada waktu sekarang. Adakah berbeza jika menggunakan Hoodia yang bukan berasal daripada Klahari? Tentu sekali tidak ada perbezaan kerana ianya masih daripada spesis pokok yang sama. Kesan pelangsingan juga sama seperti tumbuhan Hoodia yang natif di gurun Kalahari.

Hoodia Gordonii di kawasan natif

 

Disebabkan oleh permintaan yang banyak, banyak pihak telah menjalankan kajian dan membangunkan produk berasaskan hoodia ini. Antaranya dihasilkan dalam bentuk kapsul, minuman, makanan tambahan dan ada juga yang menghasilkan gula-gula daripada hoodia ini.  Tapi awas, pengguna perlu sangat berhati-hati jika membeli produk berasaskan hoodia ini kerana terlalu banyak produk tiruan yang berada di pasaran. Produk-produk ini dikatakan mengandungi hoodia di dalamnya tetapi sebenarnya tidak menagndungi hoodia langsung. Lagi membahayakan, apabila bahan kimia lain yang digunakan untuk menggantikan kesan hoodia. Kesan pelangsingan dapat juga dilihat tetapi untuk jangka masa yang panjang ianya berbahaya kepada tubuh badan.

5 kebaikan Intermittent Fasting

Produk hoodia dihasilkan bersama-sama bahan-bahan yang lain digunakan untuk tujuan pelangsingan badan. Hoodia akan menberikan kesan tidak lapar dan kekurangan selera untuk makan. Hasilnya, pengambilan makanan akan berkurangan dan kema-lemak dalam badan akan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Hoodia Gordonii mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia kerana ianya membantu dalam menurunkan berat  badan dan pelangsingan. Hoodia diketahui selamat dan ada juga yang dijual dalam bentuk tea yang diperbuat daripada Hoodia original. Jika ingin menggunakan hoodia, yang paling penting adalah pastikan hoodia itu adalah asli dan bukanlah yang tiruan kerana dikhuatiri yang tiruan mempunyai dadah-dadah terlarang walaupun mampu menurunkan berat badan.

Nota kaki : Trimzshot juga mengandungi Hoodia, sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Dapatkan dengan agent berdekatan sekarang

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design