fbpx

Ebook Ramadan untuk pembaca Zara Zya

Ebook Ramadan untuk pembaca Zara Zya

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan. Bulan yang paling istimewa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sahaja bulan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya, tetapi lebih daripada itu. Nak lagi best kita ada ebook ramadan supaya ia jadi sesuatu yang menyeronokkan

Ramadan yang berbeza

Disebabkan dengan musim PKP ini, Ramadan kali ini sangat berbeza daripada sebelumnya. Siapa sangka kita tak dibenarkan untuk bertarawikh di masjid atau surau sepanjang tempoh ini kandar

Siapa sangka juga kita tidak akan ada bazar ramadan, aktiviti waktu petang yang kita tunggu tunggu setiap hari. BELI MAKANAN! Ya kerajaan dan umumkan tiada bazar ramadan untuk tahun ini bagi mengelakkan penularan wabak ini

Buffet Ramadan juga tiada. Ramai juga yang terkesan terutama kawan zara yang melakukan bisnes catering, ada dah letak deposit dengan pihak hotel dan dewan untuk mengadakan buffet ramadan tapi ia telah dibatalkan semasa PKP ini
Sangat berbeza

Tapi kita sebagai rakyat yang prihatin dan bersatu hati dalam isu ini, perlu melihat dari segi sudut positif, apa yang disarankan ini adalah bagi mengelakkan penularan wabak covid ini lebih pantas berlaku. Ya, kita mampu mengubahnya. Jadi, jangan tension tension ok

Ebook Ramadan

Zara ada menyediakan ebook ramadan untuk korang semua. 8 mukasurat yang padat dengan pelbagai info. Korang boleh download secara percuma tanpa perlu bayaran apa apa pun. Anggap saja ini adalah hadiah untuk zara kepada korang supaya boleh isi masa lapang di rumah. ok?

Jadi, kalau korang nak download ebook ini, boleh klik pautan bawah ini dan terus akan dapat. Zara benarkan korang sebarkan kepada kenalan terdekat supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya

Download disini ok

Ebook Ramadan ZaraZya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!