Terdapat banyak petua dan cara nak putihkan gigi yang telah diamalkan oleh ramai orang. Dalam seharian kita, banyak makanan yang kita makan. Ada di antaranya yang boleh menyebabkan gigi kita kekuningan. Antara masalah gigi yang boleh berlaku adalah seperti pembentukan karies, gigi berlubang, jangkitan bakteria pada gusi dn banyak lagi masalah-masalah lain. Jadi, adalah menjadi satu keperluan untuk menjaga kesihatan gigi. Jikalau kesihatan oral terjaga dan gigi pula putih berseri, akan datang banyak kebaikan kepada kita. Berikut dikongsikan beberapa tips untuk memutihkan gigi agar kelihatan berseri dan bersenyum menawan.

Kurangkan makanan manis untuk kesihatan gigi

Kayu sugi – cara nak putihkan gigi sejak ribuan tahun

Dalam sejarah, kayu sugi telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu.Tahukah anda, kayu sugi adalah berasal dari pokok sugi yang mempunyai siratan yang banyak dalam kekayunya. Kayu sugi juga mempunyai aroma yang harum dan ianya tidak mempunyai rasa. Oleh sebab itu, kayu sugi telah digunakan untuk membersihkan gigi dan gusi kerana ciri-ciri istimewanya. Lagi satu keistimewaan kayu sugi berbanding berus gigi biasa ialah, kayu sugi lebih berkesan untuk menghilangkan plak pada gigi. Plak boleh menyebabkan kerosakan gigi yang lebih teruk kerana di situ adalah tempat persembunyian dan pembiakan bakteria. Bakteria pada gigi akan menyebabkan gigi kelihatan kuning . Tidak hairanlah jika pada masa sekarang ini, banyak ubat gigi di pasaran telah memasukkan ekstrak kayu sugi kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh melaluinya.

Baca : Senaman untuk kurus

 

Gunakan lemon untuk membersihkan gigi

Gosok Dengan Lemon

Semua orang inginkan gigi yang putih dan senyuman yang menawan. Aktiviti dan tabiat harian menyebabkan gigi kelihatan kuning. Khasiat lemon mampu menyegerakan memutihkan gigi dengan menghilangkan kotoran-kotoran pada gigi dengan berkesan. Dalam buah lemon, terdapat bahan-bahan bermanfaat seperti fiber, vitamin, mineral dan protein. Selain memutihkan gigi, ianya terbukti tidak memberi kemudaratan kepada manusia. Bagaimana caranya? Mudah sahaja, ambil kepingan lemon yang dipotong dan sapukan isi lemon pada permukaan gigi. Pastikan jus lemon kena pada permukaan gigi kerana jus lemon itulah yang akan membersihkan gigi.

Baca : Cara menjaga kulit muka

Baking Soda

Antara petua yang banyak dikongsikan adalah memberus gigi dengan menguunakan campuran baking soda. Baking soda sudah diketahui umum bahawa mempunyai kuasa pembersihan terutamanya pada permukaan pakaian. Bagaimana memberus gigi dengan menggunakan baking soda? Caranya ialah dengan mencampurkan baking soda dan ubat gigi dalam nisbah sama banyak. Kemudian campurkan sedikit air. Sapu pada permukaan gigi dan gosok gigi macam biasa.

Senyuman menawan dengan gigi putih berseri

Berkumur selalu

Ada juga cara nak putihkan gigi dengan amalan berkumur. Macam mana berkumur boleh membantu memutihkan gigi? Yang pertama ialah, berkumur akan menghilangkan kotoran pada permukaan gigi. Kotoran inilah yang akan menyebabkan gigi kelihatan kuning. Berkumur selepas makan adalah sangat penting untuk diamalkan kerana selepas kita menjamu selera, tiba giliran bakteria pula untuk menjamu selera dalam mulut kita. Oleh, perlulah berkumur selepas makan dan jika berkumur dengan ubat kumur, adalah lebih baik kerana di samping membersihkan mulut, ianya dapat membunuh bakteria yang terdapat dalam kaviti oral.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design