Cara menguruskan badan bergantung kepada kemahuan dan pilihan individu masing-masing. Ada yang mengambil makanan tambahan dan ada pula yang inginkan menguruskan badan secara semula jadi. Entry kali ini akan menceritakan teknik-teknik yang boleh diamalkan jika ingin menguruskan badan secara semula jadi. Boleh diamalkan cara- cara menguruskan badan sebegini dan mudah-mudah mendatang manfaat dan mengembalikan kesihatan badan seperti dulu-dulu.

Cara Menguruskan Badan Secara Semula Jadi Dengan Jogging

Cara Menguruskan Badan Menggunakan Air Kosong

Jika anda selalu rasa lapar, boleh semak sama ada anda mengambil air kosong yang mencukupi ataupun tidak.  Kadang-kadang anda berasa lapar adalah disebabkan badan anda kekurangan air. Jadi, jika keadaan ini berlaku, perkara pertama yang anda boleh lakukan jika berasa lapar adalah dengan meminum air masak. Air kosong akan menjadikan perut anda penuh dan rasa lapar akan segera berkurangan. Selain itu, air kosong juga akan mempercepat penghadaman. Ada satu kaedah yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial dan tekniknya itu berhasil ialah, beliau mengambil makanan sambil meminum air yang banyak. Hasilnya, perut akan cepat penuh dan cepat berasa kenyang apabila mengambil makanan sekaligus mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.

Air Kosong Untuk Keberkesanan Diet

Baca : Kepentingan Minum Air Kosong Untuk Diet

Cara Menguruskan Badan Menggunakan Diet Makanan

Cara menguruskan badan yang lain ialah dengan mengamalkan diet yang sihat. Apakah yang dikatakan diet yang sihat. Diet yang sihat ialah amalan pemakanan yang menepati keperluan biologi kita. Jika anda merupakan seseorang yang melakukan kerja berat, anda boleh mengambil makanan dengan sedikit banyak daripada orang lain kerana badan anda memerlukanannya. Sekiranya anda bekerja dalam aircond dan pula sentiasa duduk, keperluan tenaga adalah rendah. Jadi, keperluan makanan juga adalah rendah tidak seperti orang yang bekerja berat. Selain itu, ambil peduli berkenaan kandungan gula dan kalori dalam makanan yang diambil. Makanan bergula tinggi adalah tidak elok untuk kesihatan kerana ianya boleh mendatangkan kencing manis dan meningkatkan berat badan.  Selain itu, amalan berpuasa juga bagus untuk diamalkan. Seperti Intermittent Fasting (IF), amalan ini akan membakar gula dan lemak dalam badan. Hasilnya dalam jangka masa yang panjang, kesan penurunan berat badan akan dapat dilihat.

Cara Menguruskan Badan Menggunakan Senaman Berkala

Bagaimana senaman berkala ini dapat menguruskan badan? Manusia bergerak dengan menggunakan tenaga yang diperoleh daripada gula ataupun glukosa. Glukosa akan memasuki sel badan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel tersebut. Insulin merupakan enzim yang bertanggungjawab mengangkut gula ke dalam sel  badan. Dalam keadaan gula dalam darah yang berlebihan contohnya apabila selepas mengambil makanan bergula, lebihan gula akan dimasukkan ke dalam sel lemak dan menjadikan sel lemak semakin bertambah. Ini menjadikan berat badan semakin bertambah dan saiz semakin membesar.

Baca : Kalori Dalam Makanan Yang Semua Perlu Tahu

      Melalui aktiviti senaman, lemak-lemak akan dibakar dan kandungan gula dalam badan akan berkurangan. Dengan cara menguruskan badan melalui senaman sebegini, di samping dapat menurunkan berat badan, dapat juga menghindari diri daripada menghidapi penyakit kencing manis dan diabetes. Senaman yang dianjurkan adalah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu selamam setengah ja setiap sesi. Sebaiknya adalah, kita mengetahui dan belajar berkenaan kalori dan bersenam untuk membakar kalori dan lemak. Dengan melakukan begini, percayalah bahawa kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk menurunkan berat badan.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design