Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat – Dalam arus pembangunan moden dan teknologi, banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan gaya kehidupan yang diingini. Bergantung kepada kesesuaian dan kecenderungan masing-masing, matlamatnya tetap sama iaitu untuk mendapatkan gaya hidup yang paling ideal. Kesihatan yang dimaksudkan adalah gaya hidup yang sihat dari segi mental dan fizikal. Tidak dinafikan bahawa dalam arus permodenan ini kadang-kadang kita terlepas pandang tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal. Apakah cara yang boleh dilakukan ?

Yoga untuk kesihatan mental dan fizikal

1) Pemakanan yang seimbang

Untuk aspek fizikal, mestilah kita mengamalkan corak pemakanan yang seimbang. Boleh ikuti saranan daripada piramid makanan dan pilih makanan yang berkhasiat sahaja. Untuk mekanan manis, perlu dikurangkan malah lebih baik jika ditinggalkan terus. Dalam satu senario sebenar, pesakit kencing manis mampu untuk mengurangkan risiko kerosakan saraf dengan hanya mengawal pengambilan gula dalam makanan. Selain itu, makanan berlemak juga perlu dihindari. Selain daripada dapat penyebabkan penyakit jantung, ianya adalah penyebab penyakit strok yang ditakuti oleh ramai orang. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga penting untuk kesihatan badan.

Baca : Pemakanan untuk kekal langsing dan sihat

Kurangkan makanan bergula

2) Lazimkan senaman – Cara mengamalkan gaya hidup sihat

Satu lagi cara mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek fizikal adalah dengan melazimkan senaman. Senaman dapat membakar gula dan lemak dalam badan. Untuk individu yang mempunyai kecenderungan untuk menghidap kencing manis, senaman fizikal dapat mengurangkan risiko dan menhindarkan diri daripada diebetes. Senaman fizikal perlulah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan jika boleh melakukannya setiap hari, itu adalah terbaik.

Baca : Kuruskan badan secara semula jadi

3) Pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan berkala juga penting sebagai salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat . Selain daripada untuk mengelakkan penyakit, ianya dapat memberi motivasi kepada kita supaya untuk kekal sihat. Pemeriksaan kesihatan berkala sangatlah penting dan ianya dapat memastikan tahap kesihatan kita sentiasa di bawah paras bahaya.

Baca : Kepentingan Air Kosong

4) Berfikiran positif

Cara mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek mental pula, antara yang perlu dilakukan adalah sentiasa berfikiran positif. Berfikiran positif dapat mengekalkan semangat dan motivasi dalam diri. Selain itu, perlulah juga berkawan dan dikelilingi oleh orang-orang yang positif agar aura positif itu akan melekat pada diri kita. Jaga pergaulan seharian dan hindari diri daripada aura-aura negatif.

5) Pengurusan stress

Selain itu, pengurusan stress juga menting untuk mengekalkan kesihatan mental. Jika terdapat bebanan kerja, cari jalan penyelesaian agar dapat berasa tenang dan relaks. Bercakap dengan seseorang ataupun melakukan aktiviti yang disukai dapat mengurangkan stress dan menjadikan seseorang itu tenang. Adakah anda tahu, stress juga boleh mempercepatkan kadar penuaan?

Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat adalah banyak untuk diamalkan. Bergantung kepada individu, yang paling penting adalah inisiatif untuk kekal sihat dan gembira.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design