Dalam seharian bekerja, mungkin tidak sempat untuk bersenam di padang ataupun di tempat rekreasi. Jangan hadkan keinginan anda untuk kekal aktif dan sihat jika berlaku kekangan masa pada siang hari. Boleh juga melakukan senaman pada malam hari walaupun berada di dalam rumah. Senaman-senaman yang dikongsikan ini bukan sahaja membentu dari kesihatan fizikal, malah ianya juga dapat membantu membakar kalori yang banyak dan sekaligus menurunkan berat badan. Kaedah yang diketengahkan adalah dengan senaman cardio iaitu senaman yang mempercepat kadar denyutan nadi. Berikut adalah cara cara untuk kurus dengan senaman cardio di rumah :

1) Lompat Bintang ( Jumping Jacks)

Lompat bintang boleh dilakukan tanpa menggunakan kebolehan tertentu dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Hanya perlukan sediking ruang untuk melakukan lompatan, ianya sudah cukup untuk malakukan senaman lompat bintang ini. Tahukah anda, aktiviti lompat bintang selama 10 minit mampu untuk membakar sebanyak lebih 100 kalori. Yang paling penting ialah lakukannya dengan betul. Lompat bintang memberikan tekanan yang kuat kepada sendi kaki, jadi seeloknya pakai kasut bertapak lembut supaya tapak menyerap berat badan semasa mendarat ke tanah.

Baca : Apa itu kalori ?

Lompat tali untuk aktiviti membakar kalori

2) Lompat Tali

Lompat tali juga boleh dilakukan dengan keperluan yang minimum. Cuma dapatkan tali lompatan, pakaian yang sesuai dan sedikit ruang untuk lakukan lompatan. Lompatan bertali selama 20 minit dapat membakar lebih daripada 200 kalori. Harus diingat bahawa lompat bertali perlu dilakukan dengan betul kerana ianya melibatkan pergerakan sendi tangan. Jika tersalah buat, dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada sendi tangan.

3) Squat Jump

Untuk squat jump, perkara yang paling penting adalah dengan pelajari kaedah squat yang betul. Jika tersalah posisi squat, boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut dan pinggang. Squat jump akan menguatkan otot kaki dan dalam masa yang sama mempercepatkan kadar denyutan jantung serta dapat membakar kalori. Untuk jangka masa yang lama, dapat manguruskan badan disamping membantu dalam menguatkan otot kaki.

Baca : Kepentingan Minum Air Kosong

Burpee untuk membakar kalori

4) Burpee – cara cara untuk kurus

Antara cara cara untuk kurus dengan senaman cardio yang popular adalah dengan melakukan burpee. Antara keempat-empat teknik senaman yang dikongsikan, senaman burpee adalah yang paling mencabar tetapi hasilnya adalah cepat dan terbaik. Melalui burpee, ianya menguatkan otot kaki, tangan dan dalam masa yang sama membakar kalori. Boleh rujuk video-video di internet tentang cara melakukan burpee agar dapat kita melakukan kaedah senaman ini dengan cara yang terbaik dan berkesan.

Leave a Reply

Introducing the TrimzShot.

You may purchase our signature TrimzShot supplement here with ease. Don’t hesitate to Whatsapp us if you have any problem regarding the product 🙂

 

Contact Us

Phone: 011-1303 1030
Instagram: @zarazyahq.beauty
Facebook: fb.com/zarazyahqofficial

Copyright © 2019 Developed by Axpic Design