fbpx

Biodata Zara Zya : Jom Kenali Zara

Biodata Zara Zya : Jom Kenali Zara

Biodata Zara Zya iaitu pelakon popular tanah air, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin merupakan pelakon dan pengacara Malaysia. Menerusi drama Love You Mr Arrogant yang digandingkan bersama pelakon lelaki, Azlee Khairi, nama Zara Zya mula meningkat naik dan dikenali ramai.

Anggun berbaju kurung

Dilahirkan pada 22 Oktober 1985 di Lenggong, Perak, Zara merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Akademi Seni Warisan Negara atau dikenali sebagai ASWARA merupakan tempat di mana Zara mendapat pendidikan dalam bidang Teater.  Beliau pernah menyertai dewi remaja pada tahun 2005 dan sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan. Namun, beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti rakan-rakan seangkatannya. Drama yang di adaptasi daripada novel hasil karya Aliesha Kirana, Love Ypu Mr Arrogant melonjakkan nama Zara di persada seni tanah air. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini telah mencatatkan sebanyak 4.6 juta tontonan.

Baca : Cara-cara untuk kurus dengan senaman

Antara drama lain yang dibintangi Zara ialah Enigma, 3 Janji, Zahira, Delina, Tuan Anas Mikael, Duda terlajak Laris, kerana Anisa, Mona Lisa, Cinta HAti Abah dan Terbaik Dariku. Selain drama, Zara juga aktif dalam telefilem seperti dari ibu, Kekasih upahan, Man Rider, Minah gangster, jatuih Cinta Buta, Hujan Malam itu, Takdir yang terhenti dan Trauma.

Zara zya sangat sukakan kucing

Pada 2015, Zara membuat kemunculan di layar perak melalui filem Rembat yang memegang watak sebagai Azira.
Pada 29 Mac 2018, Zara mengejutkan peminat dengan menceburi bidang seni yang baharu iaitu bidang nyanyian menerusi single terbarunya yang bertajuk “Tiada Dendam” ciptaan Lieynur liey/ Fauzi Aisunam dan lirik oleh Iman Imran.

Melalui Anugerah Meletop ERA, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012, nama Zara mula meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah. Sejak dari itu, Zara mula mendapat tawaran berlakon daripada pelbagai produksi drama dan filem. Zara mempunyai kelab peminat yang diberi nama Love Zara Zya FC.

Baca : Cara untuk putihkan gigi secara semulajadi

Anugerah pelakon wanita terbaik ABPBH 2019

Pada April 2018, Zara telah mengumumkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Monalisa, Hafreez Adam. Meskipun Hafreez lebih muda usianya, Zara tidak melihat perbezaan usia sebagai penghalang. Setelah dua tahun menyemai cinta, Zara dan hafreez telah mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 yang dihadiri keluarga terdekat sahaja. Mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga pada Oktober 2020 sempena tarikh lahir Zara. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila kedua-dua mereka mengumukan telah memutuskan tali pertunangan sebulan selepas bertunang.

Menerusi biodata Zara Zya ini, peminat dapat mengenali pelakon cantik manis ini dengan lebih dekat lagi.

NOTA : UNTUK ANDA YANG MULA DAH RISAU TENTANG BERAT BADAN MULA NAIK, DAN NAK NAMPAK KEMBALI RAMPING MACAM ZAMAN MUDA-MUDI DULU, BOLEH KLIK SINI YE UNTUK TENGOK SOLUTION DARI ZARA ZYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!